Kuasai 7 Bab ini sahaja dah boleh LuLus Matematik Tambahan SPM? KBSM.
- marketing mme
- Jan 30, 2021
- 2 min read
Post ini bukan bermakna saya exam oriented tutor. Malah saya sgt pentingkan pemahaman konsep yg mendalam kpd pelajar. Terutama AddMaths sebab bentuk soalannya mmg sgt pelbagai. Maka senjata yg ampuh utk hadapi nya adalah pemahaman yg mendalam. Tetapi jika format itu sendiri telah memudahkan perancangan dan strategi kita utk hadapi nya, Why not we take it. But don't take it for granted.
Ya, pulun 7 bab soalan kertas 2 ini sahaja. Statistically, 7 bab ni confirm keluar dan markah yg ditawarkan byk! . Jadi, sangat berbaloi utk menguasainya. Bentuk soalannya juga agak standard, terutamanya hukum linear, sukatan membulat dan taburan kebarangkalian. Kuasai yg standard ni. tapi jika Ade 2-3 soalan yg agak rare, take note.
Ini ringkasanya:
🥊Ahli tetap kertas 2. (yakni samada muncul di Bahagian A atau bahagian B. Tapi pasti muncul!)
1) Geometri Koordinat
2) Vektor
🥊Ahli tetap Bahagian B (10 markah/soalan)
3) Hukum Linear
4) Sukatan Membulat
5) Taburan Kebarangkalian
🥊Bahagian C.(juga 10 markah/soalan)
6) Indeks Nombor
7) Penyelesaian Segitiga/ Gerakan pada garis lurus/ Pengaturcaraan linear. (Pilih salah satu ini sahaja)
🥊Jika kuasai soalan² kertas 2 utk tujuh bab ini, Confirm boleh juga jawab lagi 5 soalan dari kertas 1 kerna bentuk soalannya sama sahaja. Disinilah markah tambahan yang membuatkan pelajar lulus.5 soalan kertas 1 itu ialah:
1) sukatan membulat
2) 2 soalan Geometri koordinat
3) vektor
4) hukum linear
Jadi inilah 7 topik soalan kertas 2. (ya, buat kertas 2 sahaja) yg pelajar perlu kuasai untuk lulus.
Ini sebagai petunjuk sahaja. Bukanlah bermakna tak perlu kuasai bab-bab lain. Ada sahaja bab yang lebih mudah seperti persamaan serentak dan kuadratik. Tetapi strategi ini sedikit sebanyak memberi harapan dan fokus serta membuka jalan kpd pelajar² yg sebelum ini tak yakin mereka boleh lulus.
Ia tidak mudah. Tetapi ia tidak juga sukar utk dikuasai.
Semoga membantu di musim pkp ini.💪
- Dr. Muhammad Umair bin Mohamad
Ikuti Sosial Media MUHAMBA MATH EXPERT untuk info terkini dan lebih banyak perkongsian atau tawaran menarik :
Facebook : www.facebook.com/muhambamathexpert
Instagram : www.instagram.com/muhambamathexpert
Telegram : t.me/muhambamathexpert_onlineclass


Comments