top of page
Search

5 Tip penting untuk kuasai Fizik KSSM

  • Writer: marketing mme
    marketing mme
  • Apr 17, 2021
  • 1 min read

1. Fahami definisi. Jangan hafal definisi ye!. Cuba fahami sehingga dapat visualkan keadaannya. Ini akan memudahkan anda memahami seluruh topik berkaitan!


2. Setiap topik akan perkenalkan kuantiti fizik baharu. Dan pasti ada faktor-faktor yang mempengaruhi kuantiti fizik tersebut. Kuasai ia secara kualitatif dan kuantitatif. Contoh subtopik 2.1:

Kuantiti Fizik yg di perkenalkan : tekanan cecair.

Faktor - faktor yg mempengaruhi : ketumpatan cecair, kedalaman dan pecutan graviti


3. Ketahui juga hubungannya. Selepas mengetahui faktor-faktor, jangan berhenti disitu. Ketahui juga hubungannya. Apakah ia berkadar terus? Berkadar songsang? Atau bagaimana?

Contoh seperti tekanan cecair. Semakin bertambah kedalaman, semakin bertambah tekanan cecair. Yakni berkadar terus.


Dan jika ia mempunyai formula, biasanya boleh diterjemah ke dalam bentuk graf. Jika diterjemahkan ke dalam graf, bagaimana grafnya? Adakah Garis Lurus dengan Kecerunan Positif dan pintasan y ialah 0?

Ketahui semua itu!


4. Jika diberi rumus. Ketahui definisi setiap alphabet dalam formula itu.

Contoh tekanan dalam cecair, P =hpg.

  • Apakah h itu?

  • Jika diberi dalam gambarajah, dimana h itu?


5. Aplikasi / fenomena.

Akhir sekali, anda perlu ambil tahu bagaimana konsep - konsep asas yang anda kuasai dapat menerangkan fenomena - fenomena dan aplikasi tertentu. Sebaiknya fahami 3 - 4 contoh yang telah diketengahkan kepada anda.

Contoh aplikasi pantulan gelombang : radar, periskop, echolocation dan dish astro


Umair Mohamad

MUHamba Math Expert



 
 
 

コメント


Post: Blog2_Post
bottom of page