9 Pembelajaran Yang Serasi Dengan Otak.
- marketing mme
- Feb 5, 2021
- 3 min read
Proses pembelajaran adalah suatu proses yang melibatkan otak. Jadi, ia sangat perlu untuk kita memahami bagaimana otak berfungsi. James Ang & Lim Siew dalam bukunya Guru sebagai Pakar, memetik kajian William dan Dunn (2008) yang menyenaraikan 9 aspek pembelajaran yang serasi dengan otak.
1. Pembelajaran menjadi bermakna jika dikaitkan dengan diri pelajar. Jadi cuba kaitkan dengan nama, barang, hobi dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri pelajar. Boleh kaitkan dgn pengalaman mereka. "korang perasan tak semasa kereta berhenti, badan korang ke depan? Perasan tak? Itulah inersia". Ini lebih baik daripada berkata "baik pelajar-pelajar, hari ini kita belajar inersia. Korang pernah tak tengok orang tarik kain meja dengan pantas tetapi gelas di atasnya kekal pegun?. Pelajar dlm otak: What?? Orang tarik kain meja.. Utk apa??
2. Pembelajaran berkait rapat dengan tahap motivasi. Pelajar perlu diberi motivasi. Pelajar yang bermotivasi mudah menyimpan maklumat dalam ingatan. Jadi amat perlu sebelum memulakan kelas, kenalpasti tahap motivasi. Jika pelajar sedia bermotivasi, yakni nmpk dia bersedia mindanya nk belajar, boleh mula pembelajaran, yakni salurkan ilmu. Jika nmpk macam lesu, tidak bersedia. Berilah sedikit suntikan motivasi terlebih dahulu.
3. Pembelajaran diperkukuhkan melalui pengalaman langsung.
Pengalaman ini akan akan memberi pelajar pemahaman konsep atau teori dalam konteks sebenar.Ia biasanya berkesan selepas kita mengajar mereka konsep tersebut. Jadi adalah baik kita galakan mereka lakukan aktiviti sesudah mendedahkan konsep atau teori tersebut. Berbeza sedikit dengan nombor 1. Point ketiga ini ia perlu berlaku selepas kelas.
Contoh fenomena inersia. Mereka memang telah alami sejak kecil lagi. Tapi selepas kita 'highlight' dalam kelas akan fenomena ini. Balik sekolah apabila dia naik kenderaan, pasti ia akan alami fenomena ini. Tetapi kali ini berbeza pada dia. Dia akan lebih sedar, peka dan nikmati fenomena itu. Maka pengalaman ini akan mengukuhkan pemahaman dan keyakinannya akan konsep inersia.
4. Pembelajaran melibatkan usaha menjalin maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada.
Otak akan perform better dalam menerima dan menyimpan maklumat baharu jika ia berkaitan dengan pelajaran/ ilmu yang telah dipelajari.
Contoh semasa terbitkan formula tekanan cecair, P = hpg. Kita boleh ingatkan dulu formula tekanan, P = F/A. kemudian dari rumus ini, terbitkan bersama-sama formula tekanan cecair. mudah-mudahan lebih mudah diterima.
5. Kategorikan maklumat baharu.
Apabila maklumat yang hampir sama dapat dikumpul, otak dapat membentuk skema dan konsep serta memberi makna kepadanya dengan lebih baik. Contoh dalam topik daya. Kita kategorikan hanya jika daya paduan = 0, daya dikatakan dalam keseimbangan. Jika daya tak sama dengan 0, Daya tidak seimbang. Siap2 dalam otak pelajar, dah kategorikan dua situasi.
6. Pembelajaran dapat dipertingkatkan dengan adanya masa bagi berefleksi.
Refleksi atau imbas semula perkara yang telah dipelajari sangat membantu dalam penyimpanan maklumat baharu dalam ingatan jangka panjang. Maka, galakkanlah pelajar melakukan aktiviti seperti perbincangan berkumpulan, soal jawab dan penulisan. Kalau Matematik, sila lah buat latihan selalu. mmg cliche, tapi ia evergreen!
7. Pembelajaran dapat bertahan lebih lama jika lama jika dikaitkan dengan dengan ransangan dan emosi.
Lebih banyak ransangan yang terlibat semasa pembelajaran, semakin tinggi kebarangkalian maklumat/pengetahuan/ilmu itu disimpan dalam ingatan jangka panjang. Jadi pelbagaikan bahan dan cara mengajar agar merangsang semua deria dan suntik emosi seperti keterujaan, suspen dan kekaguman. Pendek kata, buatlah aktiviti.
8. Pembelajaran berlangsung dalam suasana yang membantu dan menggalakkan pelbagai cara bagi meyerlahkan kecerdasan pelajar.
Kita perlu akui setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang tersendiri. Kita sebagai gurulah yangg kena peka dan cekap untuk menerima dan memperkukuhkannya. Besarkanlah sifat mendengar.
9. Pembelajaran merupakan aktiviti yang menggunakan tenaga yang tinggi!
Maka ia cepat pudar dengan masa. Maka dalam sesi yang sama, amat penting untuk mengulangnya dengan pelbagai corak. selepas 30 minit, cuba recap semula. sebelum masuk subtopik baru, cuba ajak pelajar recap balik apa dah belajar . Guru memang jangan fed up mengingati ye. kalau saya, memang dah pasak dlm hati jangan jemu ulang sebut! Biarlah baru minggu lepas ke, semalam ke, lima minit tadi ke kita ajar, jangan jemu ulang sebut. bak kata bahasa konon kayangan: "Repetation mother of learning". So, kita pun kena byk ulang. Ulang sebut pada pelajar. Jangan jemu!
Semoga 9 pembelajaran yang serasi dengan otak ini dapat memberi idea untuk PnP anda. Saya pun masih belajar dari perkongsian ini. Moga bermanfaat!
- Dr Muhammad Umair bin Mohamad
Follow Sosial Media kami :
(gambar SUIC Dec 2019 TSELT. sebelum PKP)

Comments